CETAK DAN PROMOSIKAN PERNIAGAAN ANDA ! GO VIRAL ! PILIH PRODUK SEKARANG!
Cart 0

BISNES KAD: KAEDAH ‘OLD SCHOOL’ BANTU PROMOSI BISNES & PRODUK ANDA DENGAN KOS YANG JIMAT DAN BERKESAN.

BISNES KAD:Menjenamakan Bisnes Dengan Mudah & JIMAT

Menjenamakan bisnes anda untuk jangka masa panjang bukanlah satu usaha yang memerlukan anda untuk melakukan hanya untuk 2-3 minggu sahaja. Ia adalah usaha yang berpanjangan bagi mewujudkan entity bisnes yang kukuh dan sering di ingati di hati pelanggan.

Bisnes yang sukses bukan sahaja dapat melakukan banyak jualan setiap tahun dan setiap masa namun ia adalah bisnes yang sering mendapat tempat di hati para pembeli. Jika anda menggemari sebuah kedai makan di tempat anda, apakah anda selalu  ingat akan nama kedai itu, menu yang di hidangkan, siapa pemilik kedai itu dan bila mereka beroperasi?

Jika bisnes itu mempunyai jenama yang kukuh pasti semua informasi mengenainya akan selalu di ingati pelanggan setiap masa. Jadi bagaimana untuk anda mewujudkan bisnes dengan jenama yang kuat di mata pelanggan? Melalui artikel ini, akan di kongsikan dengan 8 tips dan cara untuk ke arah tersebut. Jom sama-sama kita lihat :


6 Tips Penggunaan Bisnes Kad Dalam Pemasaran

Bila mana anda berkenalan dengan rakan bisnes yang lain, hulurkanlah kad bisnes anda kepada mereka. Tidak kira sebesar mana bisnes yang anda jalankan, kad bisnes perlu selalu anda sediakan di dalam poket anda.
Melalui kad bisnes yang anda hulurkan kepada ramai orang, ia bukan sahaja dapat menambahkan peluang bisnes anda dengan yang lain, malah para pembeli dan pelanggan anda juga dapat menyimpan rekod anda di dalam dompet mereka.

Apakah cara yang paling efektif untuk anda memasarkan bisnes retails anda melalui kad bisnes yang anda berikan kepada mereka? Kad bisnes bukan sekadar sekeping kad biasa,malah di situlah anda melakukan proses pemasaran secara personal.

Melalui artikel ini, ada 6 tips untuk anda praktiskan bagi melakukan pemasaran melalui kad bisnes iaitu :
👇
Tips 1 : Kualiti kad
Memang benar ada sesetengah usahawan hanya menggunakan kad bisnes yang berkualiti rendah sehingga menggunakan printer di rumah untuk mencetak kad bisnes mereka. Jika terkena air, semua tulisan akan luntur.
Sebolehnya laburkanlah wang untuk mendapatkan kad bisnes yang professional dengan kualiti yang bagus.
👇
Tips 2 : Nama syarikat dan logo
Dalam kad bisnes anda itu, jangan lupa untuk letak nama syarikat anda.Pada bahagian atas pula letakkan logo syarikat anda bersama.
👇
Tips 3 : Nombor pendaftaran
Kadang-kadang ada sesetengah usahawan tidak meletakkan maklumat ini di kad bisnes mereka. Ia bukanlah wajib namun dengan meletakkan nombor pendaftaran syarikat keyakinan mereka terhadap kewujudan bisnes anda akan lebih tinggi.
👇
Tips 4 : Warna tema
Sebaiknya gunakan warna tema bisnes anda sama dengan bisnes kad anda. Jika warna rasmi bisnes anda warna merah, gunakan elemen merah untuk kad bisnes anda juga.
👇
Tips 5 : Details diri
Ini adalah bahagian paling penting. Letakkan pada kad bisnes itu semua maklumat berkaitan dengan anda iaitu nama anda,jawatan, nombor telefon, emel, alamat kedai dan juga url website jika ada, kesemua info ini sangat berguna jika ada yang berminat untuk berurusan bisnes dengan anda.
👇
Tips 6 : Aktiviti bisnes
Di bahagian belakang kad bisnes anda pula, senaraikan aktiviti bisnes anda. Sebagai contoh, jika anda menjual produk pakaian, senaraikan jenis pakaian yang anda jual contohnya jubbah muslimah, tshirt, pakaian bayi dan juga tudung moden.

Bisnes kad adalah satu lambang professional anda sebagai seorang usahawan. Wujudkan bisnes kad sebagai satu cara untuk anda memasarkan bisnes anda ketika berjumpa orang ramai. Lihat budget untuk cetak Bisnes kad anda di myeasyprinting.com/products/business-card-standard



Note:credit to andter.my



Older post Newer post